Negeri Selangor laksana gaji minimum RM1,500

November 9, 2011
By

Khalid SelangorSHAH ALAM 9 November: Kerajaan Negeri Selangor  melaksanakan gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan  di syarikat milik kerajaan negeri bermula tahun depan, dalam usaha menterjemah dasar itu yang diperjuang Pakatan Rakyat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Belanjawan 2012 yang dikemukakan  hari ini.

Menurut Khalid, pelaksanaan gaji minima itu dijalankan menerusi peruntukan Geran Selangorku sebanyak RM300 juta.

“Ini akan dimulakan oleh syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide (Holdings Bhd),” kata Khalid.

Bagi syarikat yang mempunyai prestasi kewangan yang belum stabil, dana sebanyak RM10 juta akan disediakan bagi melaksanakan dasar itu.

Menurut Khalid, kerajaan Selangor akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minima.

“Hasrat sebenar bukanlah untuk menabur wang tetapi untuk memberi tambahan pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja yang berpendapatan rendah.

“Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan mereka tidak lagi bergantung kepada pemberian pada masa akan datang tetapi mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk bersaing dan boleh diguna untuk mencapai gaji yang lebih baik,” kata Khalid. – KeadilanDaily



Anda mungkin meminati:

Peserta perhimpunan BERSIH 2.0 meninggal dunia
Lagi cubaan nak dapatkan undi pos
Pengerusi Hindraf terima ugutan bunuh

Tags: 2012, belanjawan, dasar, gaji, geran, glc, kerajaan, khalid ibrahim, menteri besar, minimum, negeri, pkns, pkps, pnsb, selangor, selangorku, syarikat

2 Responses to Negeri Selangor laksana gaji minimum RM1,500

  1. basyir on November 10, 2011 at 9:46 am

    tahniah diharapkan dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa mengosongkan kantung kerajaan negeri ataupun defisit

  2. rozan on November 15, 2011 at 1:45 pm

    Tahniah kjaan Selangor…Langkah awal yang mendahului pelaksanaan diperingkat kerajaan pusat…namun begitu kaum pekerja perlu difahamkan bahawa KUASA untuk mengujudkan Gaji Minimum Kebangsaan merangkumi seluruh sektor pekerjaan adalah dibawah KUASA PARLIMEN sesebuah negara dan bukan di Dewan Negeri yg terletak dalam pengurusan negeri.

    Dalam konteks kjaan Msia, Akta Majlis Konsultasi Gaji Negara telah di luluskan parlimen pada tahun ini dan kini pekerja semua sektor masih menunggu pengumuman rasmi PERLAKSANAAN GAJI MINIMA spt yang telah digembar gemburkan akan dilaksanakan seawal Nov ttp ianya sepi sahaja. Menjadi persoalan kepada kaum pekerja negara bila sesi pembentangan budget 2012 lansung tidak menyentuh hal ini.

    BN UMNO – No more rhetoric and no more political games. Just implement minimum wage!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

 

Jom Ikut Saya

Lembu Kondo

Artikel Terdahulu

Blog Pro Rakyat